Asssalamualaikum kepada pembaca-pembaca coretan Mr Epilogduka.
salam kemesraan..
salam ukhwah...
salam perkenalan...
Dalam kehidupan kita ini, pasti penah terlintasdibenak fikiran kita untuk berjaya seperti mana orang-orang yang pernah mencipta nama di dunia. Tetapi sekadar berimaginasi tanpa melakukan sebarang tindakan yang wajar pasti kita tidak mampu mendaki tangga-tangga ke gerbang kejayaan. Sekalipun kita pernah gagal dalam kehidupan tidak semestinya kita akan gagal untuk selamanya. Menyingkap bait-bait ayat yang pernah digunakan oleh seorang sahabat melalui "post" nya amat-amat memberikan inspirasi dan semangat kepada saya untuk terus berusaha menggapai kejayaan. Ayatnya berbunyi begini:
"Gagal itu biasa, bangkit dari gagal itu baru luar biasa, tak penting seberapa banyak kita gagal, yang penting seberapa banyak kita bangkit setelah kita gagal "
Untuk apa kita bermimpi tetapi tidak pernah merealisasikan impian dan mimpi kita ke puncak kejayaan. Jika kita ingin berjaya, berkawanlah dengan orang-orang yang pernah mencipta kejayaan dalam hidup mereka agara kita mendapat manfaat disebalik silaturrahim yang terjalin. sama-sama berkongsi idea, buah fikiran yang sekurangnya dapat memberikan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. sekalipun suatu hari nanti kita diantara orang-orang yang berjaya didunia, lebih manis jikan kita dapat berkongsi kepada orang-orang yang masih mencari tangga-tangga pendakian ke arah puncak kejayaan. "Sharing is caring right"? semoga kita semua diberi peluang untuk merasaikan kejayaan bukan sahaja didunia namun diakhirat kelak..Insyallah..
"Genggam bara api biar sampai jadi abu"


No comments:
Post a Comment