salam hujung minggu kepada pembaca-pembaca coretan Mr Epilogduka..
Percayakah kita bahawa setiap 1000 kemanisan, pasti akan terselit jua 1 kepahitan?
Setiap kegembiran, pasti ada tangisan..
begitulah lumrah kehidupan duniawi yang penuh dengan warna warni yang sentiasa menyinari hari-hari yang kita lalui.Kisah duka yang pernah berlaku dalam kehidupan saya terlalu sukar untuk dilupakan apabila orang yang kita sayangi pergi begitu sahaja tanpa sebaran kata-kata atau alasan. Mungkin diri ini bukan yang terbaik buat dirinya. sehingga sekarang saya masih lagi mengenangkan saat indah dan manis ketika bersamanya. Tetapi sampai bila saya perlu meratapi kepergiannaya? Adakah dia betul-betul insan yang menyempurnakan hidup saya. kadang-kadang apa yang kita tak nak atau tidak inginkan, itu yang selalu kita dapat. Kerana apa?Sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia lebih maha mengetahui lebih daripada diri kita sendiri.
Semakin hari, semakin tabah saya melalui hidup-hidup tanpa dia. walaupun perit, tetapi kepahitan bukanlah segalanya. saya percaya dia lebih bahagia tanpa saya. Begitu juga dengan saya, untuk apa saya terus bersedih dan murung bila kehilangan dia. saya berhak untuk hidup bahagia sepertimana juga dia menikmati kehidupannya sekarang. Saya terima segala ujian ini sebagai landasan di dalam mencari tangga-tangga kejayaan dalam hidup saya. Kita perlu merasai kesedihan, tetapi jangan berpanjangan kerana kesedihan yang berterusan akan membuatkan kita lemah dan menghancurkan impian yang sekian lama kita simpan dan terlalu suka untuk direalisasikan.
Setelah semuanya berlalu, saya mampu tersenyum walau kadang kala pernah diasak kesedihan dan penyesalan yang teramat. namun saya sentiasa memotivasikan diri agar tidak terlalu mengikut perasaan dan nafsu yang tidak berkesudahan. kita perlu bersyukur dengan kebahgiaan yang kita kecapi sekarang dan sudi berkongsi dengan orang-orang yang ada disekeliling kita.
Hayati kata-kata terakhir dari saya :
Hargai mereka yang menyayangi dirimu...
Bantulah mereka yang memerlukanmu...
maafkan mereka yang menyakiti dirimu...
Lupakan mereka yang meninggalkan dirimu...
Insyallah dirimu mendapat ketenangan di dalam melayari hari-hari yang mendatang...



