Sunday, 10 March 2013

Anjakan Paradigma setelah menggunakan herbalife.


Asssalamualaikum kepada pembaca-pembaca coretan Mr Epilogduka.

salam kemesraan..
salam ukhwah...

salam perkenalan...

lama rasanya saya tidak mencoretkan bait-bait ayat berkaitan dengan produk herbalife yang menakjubkan ini. ALhamdulillah..setelah beberapa bulan saya mengamalkan herbalife dalam kehidupan seharian, akhirnya saya berjaya meningkatkan berat badan saya kepada 66 kg...yang mana dahulunya adalah 55kg..Alhamdulillah..sangat menakjubkan, hanya dengan mengamalkan produk secara serius dan konsisten, saya berjaya menaikkan berat badan.
bukan itu sahaja saya juga berjaya menguraunkan penyakit sembelit dan migrain yang sebelum ini saya alami..

Nak tahu produk yang saya amalkan?
mudah sahaja..
untuk menaikkan berat badan saya hanya menggunakan 2 produk herbalife iaitu

1) formula 1 nutrisi tambahan
fungsi produk ini adalah bagi membantu saya mendapatkan vitamin dan nutrisi yang diperlukan dalam badan saya.
nutrisi ini sangat bagus ntok memperbetolkan metabolisme bdan saya. ia boleh didapati di dalam 5 perisa, coklat,vanilla, capucino, strawberry dan tropical fruit. perisa kegemaran saya ada vanilla dan coklat.







2) whey protein formula 3


fungsi produk ini adalah untuk membentuk otot badan saya, kerana jika saya mempunyai kesempatan saya akan ke gym atau bermain dumbell..protein ini juga membantu mengenyangkan saya.








Dan inilah hasilnyer serta testimoni dari saya..







jika anda berminat untuk menaikkan berat badan atau menurunkan berat badan secara sehat dan efektif..jom text sy or whatssap saya di 010-7054099...saya sedia membantu.hanya untuk yg serius sahaja..:)

Wednesday, 24 October 2012

Perjalanan Hidupku bersama Herbalife


Asssalamualaikum kepada pembaca-pembaca coretan Mr Epilogduka.

salam kemesraan..
salam ukhwah...

salam perkenalan...

sangat menakjubkan apabila mengenali produk-produk keluaran Herbalife. Sudah lama saya mencari produk kesihatan yang memberikan manfaat bukan hanya kepada saya, tetapi keluarga dan para sahabat-sahabat saya. Pertama kali saya menghadiri seminar training yang dianjurkan oleh herbalife pada 21 oktober 2012. Setelah mendengar setiap ceramah daripada ceramah jemputan yang bukan hanya sekadar penceramah tetapi mereka pada mulanya adalah pengguna Herbalife secara serius.

Kejayaan mereka didalam memperbaiki kehidupan orang lain dan meningkatkan tahap kesihatan orang ramai sangat-sangat membuatkan saya bersemangat untuk menggunakan produk herbalife, kemudian meruncit, Follow up dan merekrut. Ia bukan sahaja menyebarkan amalan gaya hidup yang sehat tetapi meningkatkan taraf hidup kepada yang lebih baik.




Insyallah Pada hari ini iaitu 25 oktober 2012 saya akan mula mengambil F1 Nutrisi Tambahan Herbalife sebagai amalan saya untuk mengekalkan bentuk dan berat badan saya. Kerana saya telah mencapai berat badan yang ideal. Tak sabar untuk menantikan keputusan 14hari setelah mengambil Nutrisi Tambahan daripada Herbalife..:)




Saturday, 29 September 2012

Biarkan Yang Pahit berlalu pergi...

Assalammualaikum...
salam hujung minggu kepada pembaca-pembaca coretan Mr Epilogduka..

Percayakah kita bahawa setiap 1000 kemanisan, pasti akan terselit jua 1 kepahitan?
Setiap kegembiran, pasti ada tangisan..


begitulah lumrah kehidupan duniawi yang penuh dengan warna warni yang sentiasa menyinari hari-hari yang kita lalui.Kisah duka yang pernah berlaku dalam kehidupan saya terlalu sukar untuk dilupakan apabila orang yang kita sayangi pergi begitu sahaja tanpa sebaran kata-kata atau alasan. Mungkin diri ini bukan yang terbaik buat dirinya. sehingga sekarang saya masih lagi mengenangkan saat indah dan manis ketika bersamanya. Tetapi sampai bila saya perlu meratapi kepergiannaya? Adakah dia betul-betul insan yang menyempurnakan hidup saya. kadang-kadang apa yang kita tak nak atau tidak inginkan, itu yang selalu kita dapat. Kerana apa?Sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia lebih maha mengetahui lebih daripada diri kita sendiri. 




Semakin hari, semakin tabah saya melalui hidup-hidup tanpa dia. walaupun perit, tetapi kepahitan bukanlah segalanya. saya percaya dia lebih bahagia tanpa saya. Begitu juga dengan saya, untuk apa saya terus bersedih dan murung bila kehilangan dia. saya berhak untuk hidup bahagia sepertimana juga dia menikmati kehidupannya sekarang. Saya terima segala ujian ini sebagai landasan di dalam mencari tangga-tangga kejayaan dalam hidup saya. Kita perlu merasai kesedihan, tetapi jangan berpanjangan kerana kesedihan yang berterusan akan membuatkan kita lemah dan menghancurkan impian yang sekian lama kita simpan dan terlalu suka untuk direalisasikan.

Setelah semuanya berlalu, saya mampu tersenyum walau kadang kala pernah diasak kesedihan dan penyesalan yang teramat. namun saya sentiasa memotivasikan diri agar tidak terlalu mengikut perasaan dan nafsu yang tidak berkesudahan. kita perlu bersyukur dengan kebahgiaan yang kita kecapi sekarang dan sudi berkongsi dengan orang-orang yang ada disekeliling kita.



Hayati kata-kata terakhir dari saya :


Hargai mereka yang menyayangi dirimu...

Bantulah mereka yang memerlukanmu...
maafkan mereka yang menyakiti dirimu...
Lupakan mereka yang meninggalkan dirimu...

Insyallah dirimu mendapat ketenangan di dalam melayari hari-hari yang mendatang...


Harus berani Sahut cabaran demi menggapai kejayaan!!


Asssalamualaikum kepada pembaca-pembaca coretan Mr Epilogduka.

salam kemesraan..

salam ukhwah...
salam perkenalan...





Dalam kehidupan kita ini, pasti penah terlintasdibenak fikiran kita untuk berjaya seperti mana orang-orang yang pernah mencipta nama di dunia. Tetapi sekadar berimaginasi tanpa melakukan sebarang tindakan yang wajar pasti kita tidak mampu mendaki tangga-tangga ke gerbang kejayaan. Sekalipun kita pernah gagal dalam kehidupan tidak semestinya kita akan gagal untuk selamanya. Menyingkap bait-bait ayat yang pernah digunakan oleh seorang sahabat melalui "post" nya amat-amat memberikan inspirasi dan semangat kepada saya untuk terus berusaha menggapai kejayaan. Ayatnya berbunyi begini:






"Gagal itu biasa, bangkit dari gagal itu baru luar biasa, tak penting seberapa banyak kita gagal, yang penting seberapa banyak kita bangkit setelah kita gagal " 



Untuk apa kita bermimpi tetapi tidak pernah merealisasikan impian dan mimpi kita ke puncak kejayaan. Jika kita ingin berjaya, berkawanlah dengan orang-orang yang pernah mencipta kejayaan dalam hidup mereka agara kita mendapat manfaat disebalik silaturrahim yang terjalin. sama-sama berkongsi idea, buah fikiran yang sekurangnya dapat memberikan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. sekalipun suatu hari nanti kita diantara orang-orang yang berjaya didunia, lebih manis jikan kita dapat berkongsi kepada orang-orang yang masih mencari tangga-tangga pendakian ke arah puncak kejayaan. "Sharing is caring right"? semoga kita semua diberi peluang untuk merasaikan kejayaan bukan sahaja didunia namun diakhirat kelak..Insyallah..






"Genggam bara api biar sampai jadi abu"

Thursday, 20 September 2012

Mari membeli belah Online!!!!!

Anda suka kan fesyen??tetapi kurang pasti penggayaan fesyen yang sesuai dengan anda bagi menyerlahkan penampilan anda...segalanya ada disini...anda boleh lawati "Facebook Page" kami... click https://www.facebook.com/pages/Hijab-Maniac-Tudung-Online/277984872316770?ref=hl.
pasti anda lebih berkeyakinan setelah mengenakan penggayaan fesyen tudung terkini bersama dengan handbag yang menjadi trend pada masa kini.






material : PVC..dngn harga yg berpatutan..sila lawati "facebook page" kami

Sunday, 1 July 2012

Puisi Buat Sahabat....

Puisi Buat Sahabat....


benar takdir yang menemukan kami..
benar takdir yang memisahkan kami..
namun pertemuan itu memberikan 1001 kenangan yang terindah..
setiap hari yang kami lalui bersama bagaikan suatu cerita telenovela dunia..

begitu indahnya kehidupan..
siapa sangka, pertemuan yang hanya bermula di kelas Hubungan Etnik,
membuahkan ikatan persahabatn yang kian mekar disirami keikhlasan dan kejujuran,
keunikan di anatra kami membuatkan ikatan persahabatan ini makin ceria,
tiada apa yang mampu menghalangi kami meniti hari2 kehidupan sbg siswa dan siswi..

ia menjadi asam garam kehidupan,
di dalam sebuah persahabatan pasti ada pasang surutnya,
ia kerana kami manusia yang tidak sempurna,
namun setiap kekuatan antara kami menyempurnakan dan menyerikan hari2 yang mendatang,
namun perpisahan yang dating tidak mampu dielakkan,

setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
setiap kegembiraan pasti ada kedukaan,
segalanya tersisip rapi disudut hati kami..
sekalipun ia terpisah zahir, namun batin tetap disitu..

tiada apa yang bisa memutuskn ikatan persahbatan yang telah sekian lama terjalin,
bagai sebuah keluarga yang saling memahami,
kami mendoakan yang terbaik bagi setiap perjalanan yang telah tertulis.
disinilah tanda pertemuan yang pastinya kekal abadi,


sekalipun masa menjadi penghalang untuk bersua kembali,
kenangan tetap menjadi sejarah di dalam kehidupan yang indah,
semoga dipermudahkn segala kebaikan di antara kami…L







Saturday, 18 February 2012

Antara Dua kasih

Disaat aku kesedihan..
Disaat aku kehilangan…
Disaat aku merasakan tiada lagi cinta..
Engkau telah hadir bersama sebuah harapan baru…


Disaat itu…aku mula menyedari engkau lah insan yang mungkin ditakdirkan ntok diriku…
Disaat itu…aku mula merasakan kasih syg dr mu..
Disaat itu juga hatiku semakin menginginkan dirimu..
Hanya engkau yang mampu membuka kembali lembaran kesdihan disudut hati ini..


Disaat itu juga, aku telah menyedari kehadiran insan yg jauh lebih baik ntok dirimu..
Disaat itu juga, aku mengakui insan itu juga sebahagian dr  diriku..
Disaat itu juga, aku mula memikirkan keresahan yg bakal tercipta dikemudian hari..
Aku terus melangkah mencari sebuah kunci bg setiap persoalan..


Disaat itu, aku tersedar dr mimpi yg aku hanya watak sampingan..
Disaat itu, aku gagahkn diri mencari setiap jawapan.
Disaat itu, aku menginginkan kepastian darimu..
Akhirnya aku memilih ntok mengundurkan diri dari medan persaingan..


Krn aku terlalu sygkan jalinan persahabatan yg telah terjalin sekian lamanya..
Krn aku tidak mahu dirimu terperangkap dipertengahan hubungan..
Krn aku tidak mahu mereka merasakan kesakitan yg pernah aku alami sekian lamanye..
Segalanya krn aku syg mereka lbh dr apa yg aku impikan sebelum ini..


Namun segalanya ku lalui dngn tenang dan redha..
Segalanya telah ku lepaskan demi kebahgiaan mereka..
Tiada dendam..tiada sengketa….
Yang tinggal hanyalah secebis harapan semoga mereka sentiasa bahgia di dunia dan akhirat hendaknya..


Walaupun tiada lagi dirinya dlm hidup ku kini..
Namun cinta dan saying yg telah lame berputik mash tetap menamani hari2 ku..
Aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan mereka dari jauh sisi hidup mereka..
Biarlah segala kepahitan menjdi sempadan dalam meniti hari2 yg kosong tanpa dirinya..

mungkin ini yg terbaik...